Post Title. 07/02/2009
My new website URL : www.yongwai2009.webs.com Isu-Isu Semasa Episod 1 06/20/2009
Mutakhir ini , masyarakat kita telah digemparkan dengan masalah jerebu yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan di Indonesia . Orang lain makan nangka , orang lain pula yang terkena getahnya. Indonesia membakar hutan , Malaysia pula yang ditimpa 'musibah'. Kerjasama antara kedua-dua buah negara adalah signifikan untuk menangani masalah jerebu yang kian menjadi-jadi di negara kita . Ke bukit sama didaki , ke lurah sama dituruni . Arena Badminton Part 1 06/04/2009
Kekalahan Chong Wei di tangan Lin Dan dari China betul-betul mengecewakan rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang begitu tinggi pada Chong Wei. Keberkesanan Slogan Malaysia Boleh yang dilaung-laungkan oleh jaguh sukan kita sering kali dipersoalkan . Antara persoalan yang timbul ialah Malaysia boleh apa ? Boleh Menang ? Boleh Kalah ? Menyedari hakikat ini , saya mencadangkan agar slogan ini ditukarkan kepada slogan yang lebih baik - mesej yang tersurat / tersirat dalam slogan ini mestilah jelas dan lebih bermakna . Mengapakah Chong Wei masih tertewas sedangkan sokongan moral telah kita berikan kepadanya ? Kekuatan stamina dan keyakinan adalah antara faktor yang menyebabkan Chong Wei terkandas . Bagai buku bertemu dengan ruas . Para atlet China memang memiliki azam yang kuat dan semangat kental yang tidak mudah digoyahkan oleh pihak lawan , khususnya atlet negara kita . Pernahkan anda terfikir bahawa sesetengah pemain badminton Malaysia hanya bermain sambil lewa - untung sabut timbul , untung batu tenggelam . Sekiranya mereka bernasib baik , mereka akan mara ke pusingan akhir . Jika tidak , terkandaslah mereka pada pusingan awal ! Kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah sukan bertaraf dunia seperti Formula One dan Le Tour de Langkawi telah membuka mata banyak pihak bahawa Malaysia sememangnya berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pelancongan sukan . Para pelancong yang berkunjung ke negara kita bukan sahaja dapat menyaksikan kehebatan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang , malah mereka juga berpeluang untuk melawat berbagai-bagai tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur seperti Zoo Negara , Taman Orkid dan Muzium Negara . Secara tidak langsung , tempat-tempat menarik ini dapat dipromosikan ke seantero dunia . Natijahnya , jumlah pelancong asing yang melawat negara kita akan kian meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan . Di samping itu , industri perhotelan turut berkembang maju - Sehubungan itu , hotel-hotel baharu perlu dibina bagi menampung jumlah pelancong asing yang kian bertambah di negara ini . Permainan Tradisional Part 1 06/01/2009
Sama ada kita sedar ataupun tidak , permainan tradisional semakin hari semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini berikutan perkembangan teknologi ICT . Permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban yang pernah menjadi kebanggaan masyarakat kampung kini luput ditelan zaman - dihanyutkan oleh arus globalisasi yang deras mengalir . Mahukah kita membiarkannya terkubur begitu sahaja ? Kalau tiada angin ,masakan pokok bergoyang . Selain menganalisis tentang faktor-faktor berlakunya fenomena ini , masyarakat Malaysia perlu mengorak langkah yang proaktif dalam usaha menghidupkan semula permainan tradisional agar generasi akan datang dapat menikmati keunikannya. Berjimat Cermat Amalan Murni 05/31/2009
Para peniaga janganlah asyik mencari jalan untuk mengeksploitasi para pengguna bagai menahan lukah di pergentingan . Sebagai pengguna bijak , kita perlu membuat aduan kepada Tribunal Pengguna sekiranya terdapat unsur penyelewengan dalam urusan jual beli . ' Beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis ' Pepatah Melayu ini membawa mesej yang jelas bahawa kita harus berhati-hati ketika berbelanja . Barangan yang berharga murah tidak semestinya terjamin dari segi kualitinya . Alah membeli , menang memakai . Oleh hal yang demikian , belilah produk yang bermutu tinggi walaupun harganya mahal . Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang amat signifikan dalam usaha membentuk modal insan kelas pertama yang mampu bersaing antara satu sama lain di dunia yang kian global ini . Sejauh manakah saudara bersetuju dengan pernyataan ini ? Keluarga merupakan entiti yang paling asas dan penting dalam sesebuah masyarakat . Justeru , usaha menjana modal insan bermula daripada institusi kekeluargaan . Anak-anak sewajarnya diberi kasih sayang sepenuhnya oleh ibu bapa bagai menatang minyak yang penuh . Kurangnya kasih sayang dan perhatian menyebabkan remaja merasakan kehidupan mereka terbiar . Bukan sahaja mereka akan mengalami tekanan emosi , malah mereka juga akan mudah terjebak dengan gejala tidak sihat misalnya vandalisme , penyalahgunaan dadah , gengsterisme dan mencuri . Didikan agama yang kukuh sudah pasti dapat menjadi benteng untuk menangkis sebarang anasir negatif yang boleh menggoyahkan sifat kerohanian yang terpendam dalam diri remaja . A brief introduction 05/31/2009
First and foremost , this website is in dwibahasa ( English and Bahasa Melayu ) . I'm going to blog mostly about the current issues that happen in our country - any topic related to youths , patriotism , social-ill and etc . You will find no crappy stuff here . One of the reasons why I created this website is to express my opinion and share my thoughts with my fellow readers . |