Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang amat signifikan dalam usaha membentuk modal insan kelas pertama yang mampu bersaing antara satu sama lain di dunia yang kian global ini . Sejauh manakah saudara bersetuju dengan pernyataan ini ? Keluarga merupakan entiti yang paling asas dan penting dalam sesebuah masyarakat . Justeru , usaha menjana modal insan bermula daripada institusi kekeluargaan . Anak-anak sewajarnya diberi kasih sayang sepenuhnya oleh ibu bapa bagai menatang minyak yang penuh . Kurangnya kasih sayang dan perhatian menyebabkan remaja merasakan kehidupan mereka terbiar . Bukan sahaja mereka akan mengalami tekanan emosi , malah mereka juga akan mudah terjebak dengan gejala tidak sihat misalnya vandalisme , penyalahgunaan dadah , gengsterisme dan mencuri . Didikan agama yang kukuh sudah pasti dapat menjadi benteng untuk menangkis sebarang anasir negatif yang boleh menggoyahkan sifat kerohanian yang terpendam dalam diri remaja .
Selain itu , ibu bapa perlulah menjadi ' role model ' atau suri teladan dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam diri remaja . Hal ini membolehkan anak-anak meneladani perbuatan baik dan tingkah laku yang positif daripada ibu bapa . Bak kata pepatah Melayu , " Bagaimana acuan begitulah kuihnya " . Sebaliknya , ibu bapa tidak seharusnya menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul - mereka tidak boleh alpa dalam tanggungjawab mendidik generasi muda hari ini yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa akan datang .
( Akan bersambung dalam Part 2 )
RSS Feed